KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD SUMBANG RM81 RIBU KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH


Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap krisis COVID-19 yang melanda negara masa kini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menyumbang beberapa peralatan dan kemudahan perubatan berjumlah RM81 000 kepada Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.


Antara peralatan atau kemudahan yang disumbangkan ialah 10 buah Infusion Pump dan juga 10 buah Syringe Pump yang mana merupakan peralatan yang amat diperlukan.


Peralatan dan kemudahan itu adalah untuk menampung keperluan pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah pada ketika ini.


Sumbangan peralatan perubatan berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin.


Kumpulan BDB melalui inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seumpamanya, syarikat sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya dari aspek keperluan peralatan dan kemudahan perubatan yang sangat diperlukan semasa memberi rawatan kepada pesakit khususnya dalam situasi negara yang berhadapan dengan krisis COVID-19.


Diharap dengan penambahan mesin perubatan ini dapat membantu kakitangan perubatan merawat pesakit dan meringankan beban tugas mereka sebagai barisan hadapan negara.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts