KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG JUADAH MAKANAN KEPADA PASUKAN SUKARELAWAN UPNM



Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) kali ini berbesar hati menyerahkan sumbangan makanan tengah hari sebanyak 100 bungkus kepada anggota sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi Misi Bantuan Banjir di Yan, Kedah.


Sumbangan tersebut telah diterima oleh wakil misi bantuan banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Encik Sharizan Samad.


Pihak BDB berharap sumbangan sedikit sebanyak ini akan dapat membantu sukarelawan yang bersusah payah menjayakan misi bantuan banjir yang sedang giat dilakukan sehingga 4 September 2021 ini.

Terima Kasih!


Kredit Foto: Mohd Haniff Bin Ghazali (DGCC)


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita









Featured Posts
Recent Posts