KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) RAI PENGAMAL MEDIA KEDAH


Majlis Makan Malam bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) dan Ketua-ketua Biro Kedah telah dianjurkan oleh Bina Darulaman Berhad (BDB). Majlis ini telah diadakan di Classic cafe, DGCC pada 20 Disember 2020. Majlis ini bertujuan untuk menghargai para rakan media yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada BDB sepanjang tahun 2020.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed, Presiden KMEK, Kumaran Rajamoney, Timbalan Presiden KMEK, M Hifzudin Ikhsan, ketua-ketua biro serta ahli jawatankuasa KMEK.


Dalam ucapannya, Sajahan telah merakamkan penghargaan atas kerjasama erat yang sedia terjalin antara pihak BDB dan KMEK.


Diharapkan dengan Majlis Makan Malam tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan KMEK.


Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir!












#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)