KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH


Kumpulan BDB sedar akan kepentingan media dalam menyampaikan berita terkini dan sahih kepada rakyat terutamanya ketika negara sedang bertarung dengan wabak COVID-19.


Di samping itu, sumbangan agihan juadah makanan tengahari itu adalah sebagai tanda penghargaan Kumpulan BDB terhadap petugas rakan media Kedah yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat kepada rakyat.


Oleh yang demikian, Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah makanan tengah hari tersebut kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK).


Sumbangan juadah makanan tengah hari tersebut diserahkan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith Ahmad Sharifuddin kepada Timbalan Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), M Hifzudin Ikhsan.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts