KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH


Kumpulan BDB sedar akan kepentingan media dalam menyampaikan berita terkini dan sahih kepada rakyat terutamanya ketika negara sedang bertarung dengan wabak COVID-19.


Di samping itu, Kumpulan BDB komited dalam memastikan hubungan erat yang telah terjalin sejak sekian lama dengan agensi media cetak dan elektronik terutamanya di negeri Kedah kekal utuh.


Oleh yang demikian, Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah makanan tengah hari tersebut kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK).


Sumbangan juadah makanan tengah hari tersebut diterima oleh Setiausaha Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Roshila Murni Rosli.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts