KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA SINAR HARIAN


Kumpulan BDB menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini kepada masyarakat.


Di samping itu, Kumpulan BDB komited dalam memastikan hubungan erat yang telah terjalin sejak sekian lama dengan agensi media cetak dan elektronik terutamanya di negeri Kedah kekal utuh.


Pengagihan juadah berbuka puasa oleh Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas media yang bertugas di Sinar Harian.


Juadah berbuka puasa diserahkan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Muhammad Syaheer Luqman, kepada wakil pihak Sinar Harian, Roslinda Hashim.


Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Kumpulan BDB dan rakan-rakan media selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts