KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA PRIMA


Kumpulan BDB sedar akan peranan besar yang dimainkan oleh rakan-rakan media dalam menyampaikan maklumat dan juga isu semasa terutaman ketika wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.


Oleh yang demikian, tradisi tahunan Kumpulan BDB diteruskan di mana syarikat menyerahkan juadah berbuka puasa kepada kakitangan agensi media iaitu Media Prima yang merangkumi akhbar Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro.


Penyerahan juadah berbuka puasa yang diadakan di Ibu pejabat NSTP Kedah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed kepada wakil pihak Media Prima iaitu M. Hifzudin Ikhsan.


Diharapkan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan Media Prima.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchivement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts