KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA ASTRO AWANI


Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati untuk mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas media Astro Awani sempena bulan Ramadan tahun ini.


Sumbangan agihan juadah berbuka itu adalah sebagai tanda penghargaan Kumpulan BDB terhadap petugas media Astro Awani yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat terutamanya dalam menghebahkan program anjuran Kumpulan BDB kepada masyarakat.


Juadah berbuka puasa diserahkan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith Ahmad Sharifuddin, kepada wakil pihak Astro Awani, Abdul Hadi Che Awang.


Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat diteruskan kerjasama yang telah terjalil antara kedua-dua pihak selama ini dapat dikekalkan.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts