KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH MAKAN TENGAH HARI KEPADA PARA ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS


Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan memberi sumbangan makanan kepada para anggota polis yang bertugas di IPK Kedah dan IPD Kubang Pasu.


Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada para anggota polis yang betugas sepanjang Covid-19 bagi membantu orang ramai.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada wakil IPK Kontinjen Kedah, YDH ACP Ab Rahaman Arsad, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kedah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Juga menerima sumbangan makanan adalah wakil IPD Kubang Pasu, YDH ASP Abi Suhaimi bin Hj Ali, Ketua Polis Balai Jitra.


Turut hadir pada program tersebut yamg diadakan di sekitar pintu masuk Darulaman Golf and Country Club (DGCC) Jitra adalah Ketua Bahagian Polis Bantuan BDB Land Insp/PB Ahmad Tariq Zulkifli.


Diharapkan dengan sumbangan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan barisan PDRM Kontinjen Kedah serta PDRM Kubang Pasu.


Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap akan dapat membantu mereka yang bersusah payah menjaga kebajikan kita rakyat Malaysia.


Makanan berupa nasi briyani ayam telah disediakan oleh kakitangan BDB Darulaman Golf Resort Berhad. Makanan berkenaan juga boleh didapati di perkarangan pintu masuk Darulaman Golf and Country Club (DGCC) Jitra.


#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)