KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH MAKAN TENGAH HARI KEPADA PARA ANGGOTA BERTUGAS DI IPD KUALA MUDA


Program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan memberi sumbangan makanan kepada para anggota polis yang bertugas di IPD Kuala Muda pada hari ini.


Sumbangan kali ini adalah untuk menghargai jasa mereka yang masih bertugas demi menyampaikan isu-isu semasa yang terkini dan sahih terutamanya isu Wabak COVID-19 yang masih melanda negara dan seluruh dunia.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada wakil IPD Kuala Muda, ASP Norhazam Bin Abdullah Sani, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Kuala Muda.


Turut hadir pada program tersebut yang diadakan di perkarangan IPD Kuala Muda adalah Ketua Bahagian Polis Bantuan BDB Land Insp/PB Ahmad Tariq Zulkifli.


Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap akan dapat membantu mereka yang bersusah payah menjaga kebajikan kita rakyat Malaysia.


Diharapkan dengan sumbangan ini mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan barisan PDRM daerah Kuala Muda.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts