KUMPULAN BDB HULURKAN BANTUAN UNTUK PROGRAM CSR BACK TO SCHOOL SEKOLAH RENDAH SJK(T) TAMAN KELADI


Seramai 30 pelajar sekolah rendah dari tahun satu ke tahun enam telah menerima kelengkapan bag sekolah dan botol air sumbangan daripada Bina Darulaman Berhad bagi memulakan sesi persekolahan baru .


Bantuan itu yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) diberikan kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.


Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain memberi peluang kepada pelajar tersebut meneruskan proses pembelajaran dengan baik.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Guru Besar SJK(T) Taman Keladi, Amuniyammal a/p Subramaniam.


Sementara itu, Sajahan berkata, penerima pada program hari ini merupakan mereka yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan diharap program sedemikian dapat membantu mereka untuk bersiap sedia bagi sesi persekolahan seterusnya.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts