KUMPULAN BDB HULUR BANTUAN UNTUK PROGRAM CSR BACK TO SCHOOL KEPADA PELAJAR SJK(T) MAHAJOTHI


Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah menghulurkan bantuan kepada 50 pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan.


Bantuan tersebut merangkumi kelengkapan bag sekolah dan botol air telah disampaikan kepada seramai 50 pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahajothi, Sungai Petani, Kedah.

Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain menyuntik semangat murid untuk menghadiri sesi persekolahan.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Guru Besar SJK (T) Mahajothi, Veknaswari a/p Subramaniam.


Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap dapat meringankan beban keluarga penerima dalam menghadapi sesi persekolahan seterusnya.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita



Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)