KUMPULAN BDB AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA DI IBU PEJABAT SINAR HARIAN


Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan ini dengan mengagihkan juadah berbuka kepada para petugas media yang bertugas di Ibu pejabat Sinar Harian, Selangor.


Inisiatif tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas Sinar Harian yang banyak membantu dalam menghubungkan maklumat-maklumat yang terkini terutamanya mengenai Kumpulan BDB.


Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara Kumpulan BDB dan Sinar Harian.


Penyediaan makanan dilakukan oleh Sungai Kertas Katering yang turut menjayakan program pengagihan juadah berbuka puasa tersebut kepada petugas media yang terlibat, sebagai mewakili pihak Komunikasi Korporat Kumpulan BDB.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)