KUMPULAN BDB AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA DI IBU PEJABAT MEDIA PRIMA


Kumpulan BDB menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini kepada masyarakat.

Oleh itu, Kumpulan BDB berbesar hati untuk mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas media Media Prima sempena bulan Ramadan tahun ini.

Sumbangan agihan juadah berbuka itu adalah sebagai tanda penghargaan Kumpulan BDB terhadap petugas media Media Prima yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat terutamanya dalam menghebahkan program anjuran Kumpulan BDB kepada masyarakat.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat diteruskan kerjasama yang telah terjalil antara kedua-dua pihak selama ini dapat dikekalkan.

Penyediaan makanan dilakukan oleh Sungai Kertas Katering yang turut menjayakan program pengagihan juadah berbuka puasa tersebut kepada petugas media yang terlibat, sebagai mewakili pihak Komunikasi Korporat Kumpulan BDB.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)