KUMPULAN BDB AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA ASTRO AWANI & MALAYSIA GAZETTE


Kumpulan BDB menghargai petugas media yang sibuk bersilih ganti menjalankan tanggungjawab membuat pelbagai liputan terkini tanpa mengira waktu dan keadaan cuaca, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda negara.


Oleh itu, Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas media di Astro Awani & Malaysia Gazette pada 5 Mei 2021.


Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat mengenai anjuran Kumpulan BDB kepada masyarakat.


Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Kumpulan BDB dan rakan-rakan media selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.


Penyediaan makanan dilakukan oleh Sungai Kertas Katering yang turut menjayakan program pengagihan juadah berbuka puasa tersebut kepada petugas media yang terlibat, sebagai mewakili pihak Komunikasi Korporat Kumpulan BDB.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts