KUMPULAN BDB AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS MEDIA UTUSAN MALAYSIA & KOSMO


Pengagihan juadah berbuka puasa oleh Kumpulan Bina Darulaman Berhad diteruskan lagi dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas media yang bertugas di Utusan Malaysia & Kosmo.


Juadah berbuka puasa diserahkan oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB kepada wakil pihak Utusan dan Kosmo, Mohd Zaid Mohd Noor.


Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin dan dalam masa yang sama membantu rakan-rakan media yang bertugas pada bulan Ramadan.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)