BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG WANG TUNAI KEPADA MASJID NAGORE ALOR SETAR


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan wang tunai kepada Masjid Nagore di Alor Setar, Kedah.


Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan BDB bagi membolehkan pelbagai aktiviti keagamaan dapat dijalankan sepanjang dalam bulan Ramadan.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Hanipah Razalli, Setiausaha Masjid Nagore.


Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak masjid menjayakan program-program yang telah dirancang.


https://www.facebook.com/masjidnagore.alorsetar.90


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares



Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)