BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG WANG TUNAI KEPADA MASJID DAN SURAU


Bersempena bulan Ramadan dan juga Syawal yang bakal tiba, Kumpulan Bina Darulaman Berhad tidak melepaskan peluang untuk turut menyalurkan sumbangan bernilai RM12,000.00 kepada empat masjid dan surau di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Kubang Pasu.

Antara masjid dan surau yang mendapat sumbangan tersebut adalah Masjid Nagore, Masjid Nurul Iman, Kampung Bukit Tinggi Masjid At-Taqwa, Taman PKNK dan Surau Al-Ikhwan, Taman Sri Mentaloon. Daripada jumlah tersebut, sebahagiannya diagihkan kepada masjid untuk menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Sebahagian lagi merupakan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan yang diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Antara barangan yang diagihkan termasuk beras, minyak masak, gula dan tepung dengan nilai setiap pek bantuan bernilai RM50.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat bagi membantu umat Islam menjayakan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang dalam bulan Ramadan.

Jelasnya, ini merupakan program berterusan Kumpulan BDB di mana syarikat berusaha untuk mendekati dan membantu golongan yang memerlukan di negeri Kedah.

"Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu masjid dan surau menjayakan program-program pada bulan Ramadan kali ini.

"Diharapkan juga sumbangan dalam barangan keperluan itu juga dapat meringankan beban penerima-penerima untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada kali ini tatkala kita masih berada dalam wabak pandemik Covid-19 lagi," jelasnya.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)