BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANG MAKANAN SERTA BARANG KEPERLUAN SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI 2021


Bersempena sambutan hari Deepavali yang akan datang, Bina Darulaman Berhad (BDB) mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan berupa makanan dan barang keperluan kepada North Malaysia Malayali Samajam (NMMS) di Sungai Petani, Kedah.


Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan BDB bagi menyediakan pelbagai kelengkapan kepada golongan yang kurang berkemampuan bersempena sambutan hari Deepavali.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada wakil NMMS, Juliana Fernandez.

Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban dan memberi keceriaan kepada penerima sempena sambutan hari Deepavali kelak.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak NMMS menjayakan program-program yang telah dirancang.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares

Featured Posts