BINA DARULAMAN BERHAD(BDB) SUMBANG KURMA KEPADA PARA ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS


Bersempena bulan Ramadan pada tahun ini, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan 150 pek buah kurma untuk anggota-anggota polis yang bertugas di Balai Polis Alor Setar.


Ini adalah sebahagian daripada penghargaan BDB kepada para anggota polis yang bertugas tatkala pandemik Covid-19 masih melanda negara.


Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Koperal Hidayah Abdul Hadi.


Diharapkan sumbangan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara BDB dan PDRM serta menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)