BDBMBI AKAN BANGUNKAN ‘PREMIUM OUTLET’, DI LANGKAWI



BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd (BDBMBI), syarikat usahasama di antara Bina Darulaman Behad (BDB) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bakal membangunkan projek pembangunan komersial bersepadu di Langkawi di mana ia meliputi ‘Premium Outlet’, outlet perniagaan, outlet makanan dan minuman (F&B) serta kemudahan rekreasi kepada para pelancong dan juga masyarakat setempat.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Faris Najhan Hashim berkata, projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 40.975 ekar di Padang Mat Sirat yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Projek berkenaan dibahagikan kepada beberapa fasa dan BDBMBI akan memfokuskan kepada pembangunan fasa satu dan dua terlebih dahulu yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM817 juta manakala baki fasa adalah untuk pembangunan pada masa hadapan.


Perjanjian usahama berkenaan ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Faris Najhan antara BDBMBI dan LADA yang disaksikan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Asri Hamidon; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Anis Rizana Mohd Zainudin; Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib, Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Muhamad Sobri Osman.


Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pengalaman membeli belah yang unik dan berbeza dengan konsep ‘Eco-Friendly’ serta ‘Low Carbon City’ yang meliputi kawasan hijau, keindahan lanskap tasik serta jambatan penghubung antara satu bangunan ke bangunan yang merupakan ciri-ciri istimewa serta tarikan kepada para pengunjung ke ‘Premium Outlet’ di Langkawi ini.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBMBI

Featured Posts
Recent Posts