BDB LAND SDN BHD, LAGENDA PROPERTIES BERHAD TANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA PEMBANGUNAN BERSAMA




BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Lagenda Properties Berhad (LPB) mengenai cadangan pembangunan bersama perbandaran mampu milik, Darulaman Putra di Sungai Petani, Kedah.


Perjanjian usahama berkenaan ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Faris Najhan Hashim, Pengarah BDB Land, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Pengerusi LPB, Dato’ Marcus Doh serta Pengarah Urusan LPB, Dato’ Jimmy Doh.


Perjanjian usahasama itu turut menyaksikan syarikat usahasama bernama BDB Lagenda Sdn Bhd (BDBLSB) telah ditubuhkan di mana kedua pihak memiliki kepentingan 50 peratus di dalam syarikat berkenaan.


BDBLSB akan bertanggungjawab dalam melaksanakan projek pembangunan perumahan mampu milik iaitu Darulaman Putra yang melibatkan lima bidang tanah berkeluasan sekitar 229.99 ekar di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.


Pembangunan Perbandaran Darulaman Putra akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun merangkumi unit kediaman mampu milik, bangunan komersial serta dilengkapi dengan pusat komuniti dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM565 juta.


Perbandaran tersebut terletak di Sungai Petani serta berhadapan dengan Lebuhraya Utara Selatan menjadikan ia lokasi yang strategik dan berpotensi tinggi untuk berkembang pesat pada masa akan datang.


#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBLSB

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)