BDB LAND SDN BHD, LAGENDA PROPERTIES BERHAD TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

BDB Land Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lagenda Properties Berhad (LPB) mengenai cadangan pembangunan bersama perbandaran mampu milik, Darulaman Putra di Sungai Petani, Kedah pada 30 Oktober lalu.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah BDB Land, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli disaksikan oleh , Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim, Ketua Anak Syarikat, Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab serta wakil LPB.

Pembangunan Perbandaran Darulaman Putra akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun merangkumi unit kediaman mampu milik, bangunan komersial serta dilengkapi dengan pusat komuniti. Perbandaran tersebut terletak di Sungai Petani serta berhadapan dengan Lebuhraya Utara Selatan menjadikan ia lokasi yang strategik dan berpotensi tinggi untuk berkembang pesat pada masa akan datang.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#MoU

Featured Posts