MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bina Darulaman Berhad Ke-25 telah berlangsung dengan jayanya di VE Hotel & Residence, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu diketuai oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi dan turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan serta pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan Laporan Tahunan 2019 dan beberapa agenda mensyuarat yang dibangkitkan serta dibincangkan sebentar tadi.

Proses pengundian bagi beberapa agenda yang dibentangkan turut diadakan dan keputusan pengundian diumumkan kepada pemegang saham yang hadir.

Buat julung kalinya, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bina Darulaman Berhad Ke-25 ini diadakan dengan norma baharu di mana ia berlangsung dalam secara virtual bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara bagi menangani wabak Covid 19.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #AGM25

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)