MAJLIS PAKAT GULAI DAGING BINA DARULAMAN BERHAD

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2020, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan Majlis Pakat Gulai Daging untuk diagihkan kepada seluruh kakitangan BDB.

Majlis yang berlangsung di Dewan Gemilang, BDB Darulaman Golf & Resort Berhad pada Isnin 27 Julai 2020 itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman YAB. Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor.

Antara yang menyambut kehadiran YAB Menteri Besar adalah Pengerusi Kumpulan BDB Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Ketua Pegawai Eksekutif BDB Faris Najhan Hashim dan Ketua Pegawai Operasi, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.

Pihak Bina Darulaman Berhad mengucapkan terima kasih di atas kesudian YAB Menteri Besar Kedah untuk hadir ke Majlis Pakat Gulai Daging tersebut.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)