Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Fantasia Aquapark dibuka 1 Ogos ini KOSMO! | 30 JULAI 2020

July 30, 2020

 

ALOR SETAR – Taman tema air Fantasia Aquapark di Tasik Darulaman, Jitra dekat sini yang ditutup berikutan pandemik Covid-19 sejak 18 Mac lalu akan dibuka semula pada 1 Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, pihaknya menawarkan promosi ‘segalanya bermula RM10’ sepanjang bulan depan sempena pembukaan semula taman tema tersebut.

 

“Para pengunjung boleh mendapatkan tiket masuk ke taman tema, set kombo makanan yang terdiri daripada burger, kentang goreng dan air minuman serta sewaan tiub masing-masing hanya pada harga RM10,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kata beliau, di samping itu, promosi sama turut menawarkan dua keping tiket masuk secara percuma bagi setiap pembelian 10 keping tiket tersebut.

 

Sementara itu, Mohd. Iskandar berkata, pihaknya juga telah melakukan persediaan menyeluruh terutama daripada sudut kebersihan dan keselamatan sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Persediaan itu adalah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan SOP semasa yang ditetapkan MKN, had umur yang dibenarkan untuk memasuki taman tema adalah enam tahun ke atas.

 

“Kita akan mengambil suhu badan pengunjung selain mereka perlu mengisi borang deklarasi melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

 

Selain itu, ujar beliau, taman tema seluas kira-kira 15,000 kaki persegi juga hanya membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjung bagi memastikan penjarakan sosial dapat dipatuhi serta mewujudkan persekitaran selamat kepada semua pihak.

 

“Buat permulaan, waktu operasi taman tema ini adalah pada pukul 10 pagi hingga 7 malam dan dibuka hanya pada hujung minggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

 

“Walau bagaimanapun, kita akan mengkaji semula waktu operasi berdasarkan sambutan dan permintaan daripada orang ramai,” tambahnya.

 

Orang ramai boleh menghubungi talian 04-9131846 atau melayari portal rasmi Fantasia Aquapark  www.fantasia.bdb.com.my serta laman Facebook rasmi di Fantasia Aquapark.- K! ONLINE.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)