SUMBANGAN AIDIL ADHA UNTUK PARA PENGAMAL MEDIA DI KEDAH


Sempena Hari Raya Aidil Adha, Komunikasi Korporat Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan sedikit juadah berupa gulai daging dan lemang kepada para pengamal media yang bernaung dibawah Kelab Media Elit Kedah (KMEK).

Sumbangan tersebut disediakan oleh Classic Cafe, Darulaman Golf & Country Club. Pemberian ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara BDB dan pihak media dalam kita menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ia juga bertujuan merakamkan penghargaan pihak BDB kepada semua pengamal media atas kerjasama dan sokongan tak berbelah bahagi yang diberikan kepada BDB.

Juadah tersebut yang diagihkan di Ibu pejabat NSTP Kedah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed kepada wakil pihak media iaitu Presiden Kelab Media Elit Kedah(KMEK) Kumaran Rajamoney dan Setiausaha Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Roshila Murni Rosli, Wartawan Sinar Harian Kedah.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievement #BDBCares #KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)