SUMBANGAN BAUCAR KEMASUKAN FANTASIA AQUAPARK KEPADA MEDIA KEDAH

Bersempena dengan pembukaan semula Fantasia Aquapark pada hari Sabtu 1 Ogos 2020, pihak Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan beberapa baucar kemasukan kepada pihak media di sekitar Kedah Darul Aman.

Sumbangan ini adalah bertujuan menghargai segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh rakan-rakan media kepada Bina Darulaman Berhad.

Baucar berkenaan disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed kepada Timbalan Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK) Hifzuddin Ikhsan.

Setelah ditutup mulai 18 Mac 2020 akibat Covid 19, Fantasia Aquapark akan kembali beroperasi pada hari Sabtu, 1 Ogos depan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)