KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) AGIH JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA WARGA KERJA BERNAMA & ASTR

Kumpulan BDB sedar akan pengorbanan petugas media dalam menyampaikan maklumat isu-isu semasa khususnya ketika wabak COVID-19 mengancam dunia ketika ini.

Oleh itu, Kumpulan BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas media di BERNAMA, New Straits Times(NSTP) dan di bilik berita Astro Awani pada 12 Mei 2020.

Pada 15 Mei 2020, Kumpulan BDB mengagihkan pula juada berbuka puasa kepada petugas media di Media Prima TV3 dan Sinar Harian.

Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas media yang banyak memberi kerjasama dalam membuat liputan dan penyebaran maklumat mengenai Kumpulan BDB terutama membabitkan industri perumahan di negara ini.

Diharapkan dengan sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Kumpulan BDB dan rakan-rakan media selain memahami tugas mereka yang sering kesuntukan masa dalam mengejar berita sepanjang Ramadan ini.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)