KUMPULAN BDB BERI SUMBANGAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH


Penularan COVID-19 di seluruh negara turut beri kesan kepada para pengamal media untuk membuat laporan. Mereka turut berdepan cabaran dan memperjudikan keselamatan dalam memberikan laporan kepada rakyat di negara ini.

Oleh itu, Kumpulan BDB tampil membantu rakan-rakan media yang berpengkalan di Kedah dengan membekalkan penutup mulut dan hidung kepada mereka yang masih bertugas.

Sumbangan penutup mulut dan hidung itu diserahkan oleh Ikhwan Hazwan Hamidun, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan BDB (mewakili Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed) kepada wakil pihak media iaitu Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Kumaran Rajamoney.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)