Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD(BDB) SALUR BANTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

April 11, 2020

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menyumbangkan sebanyak 200 kotak penutup mulut dan hidung kepada Pejabat Menteri Besar Kedah untuk diagihkan kepada barisan hadapan serta masyarakat di Kedah.

 

Sumbangan tersebut tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam membantu kerajaan Negeri dalam mempersiapkan pasukan kesihatan, keselamatan serta kakitangan kerajaan yang bertugas memerangi wabak Covid-19.

 

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh wakil BDB iaitu Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Faqrul Asyraf dan Ketua Bahagian Polis Bantuan BDB Land Inspektor Ahmad Tariq Zulkifli kepada pengurus kediaman rasmi Menteri Besar Hadi Yahaya di Dewan Seri Mentaloon.

 

Diharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu kerajaan Negeri meringankan beban barisan hadapan secara khususnya serta rakyat Kedah secara amnya.

Semoga dengan usaha yang telah digembeling oleh semua pihak dapat membolehkan Covid-19 dapat dikawal dan ditewaskan tidak lama lagi.

 

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)