TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BINA DARULAMAN BERHAD KEPADA FRONTLINERS

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui BDB Darulaman Golf Resort Berhad dan Polis Bantuan BDB Land menjalankan program tanggungjawab sosial dengan mengedarkan 7,893 bungkusan makanan dan minuman pada 27 Mac sehingga 23 April 2020.

Sumbangan ini diberikan kepada para pegawai perubatan seperti di Hospital Jitra, Hospital Sultanah Bahiyah, Klinik Kesihatan Banai, Wisma Darulaman, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah serta anggota petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

BDB amat menghargai pengorbanan dan jasa barisan hadapan negara dalam merawat pesakit-pesakit COVID-19. Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap akan dapat membantu mereka yang bersusah payah menjaga kebajikan kita rakyat Malaysia.

Terima Kasih!

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBCares

#KitaJagaKita

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)