LAWATAN KERJA OLEH MENTERI KPKT & MENTERI BESAR DI PROJEK PPR AYER HITAM

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir bersama Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin dan YB Tan Kok Yew, Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah meninjau perumahan PPR Ayer Hitam, Jerlun yang telah siap dibina pada 30hb September 2019 sekitar jam 5:00 petang hingga 7:00 petang.

Sebanyak 630 buah rumah kos rendah PPR dibina untuk rakyat terutamanya bagi penduduk disekitar Jerlun. PPR Jerlun ini berkonsepkan Rumah Teres dilengkapi dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur dan 2 Bilik Air. Kawasan di sekeliling PPR itu juga bakal dilengkapkan lagi dengan kemudahan asas kepada penduduk seperti Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai, Surau, Gerai Makan / Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan / Kawasan Lapang dan juga Rumah Pembuangan Sampah disekitar Jerlun. PPR Jerlun ini berkonsepkan Rumah Teres dilengkapi dengan 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur dan 2 Bilik Air.

Kawasan di sekeliling PPR itu juga bakal dilengkapkan lagi dengan kemudahan asas kepada penduduk seperti Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai, Surau, Gerai Makan / Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan / Kawasan Lapang dan juga Rumah Pembuangan Sampah.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)