KOLABORASI BERSAMA PIHAK INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), SIK KEDAH DENGAN PROPERTY & LEISURE DIVI

Pihak Pengurusan BDB Land Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah yang telah diwakili oleh En. Mohd Najib, Puan Norhafizah, En. Hairul Anuar dan En. Bokhari pada 1hb Oktober 2019.

Melalui sesi ini, pihak IKM telah menerangkan tentang enam kursus yang terdapat di IKM serta konsep pembelajaran secara “Free and Easy” bagi kursus Diploma Teknousahawan yang merupakan suatu konsep yang baru di IKM Sik. Melalui konsep ini, pihak IKM telah diberi KPI untuk melahirkan empat usahawan jutawan dalam tempoh 2.5 tahun atau pada tahun 2022.

Pihak BDB Land juga telah membuat kunjungan balas ke IKM Sik pada 23 Oktober 2019 yang diwakili oleh En. Ahmad Hafeez, En. Mohd Fahmi dan Puan Norlida. Tujuan kunjungan kali ini adalah bagi menyampaikan hasrat BDB Land Sdn Bhd untuk berkolaborasi dengan IKM Sik.

Featured Posts
Recent Posts