BDB Beri Sumbangan Kepada Kakitangan Yang Bersara

\Pihak Bina Darulaman Berhad(BDB) berbesar hati menyerahkan sumbangan kepada kakitangan yang telah bersara awal akibat ketidakupayaan untuk bekerja iaitu Azri Abu Talib dan Mazanan Osman.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Iskandar Dzulkarnain Ramli dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed di kediaman mereka di Jalan Langgar, Alor Setar dan Taman Berlian, Sungai Petani.

Kedua-dua mereka menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur di mana sedikit-sebanyak dapat membantu untuk kegunaan harian bersempena bulan Ramadan kali ini.

#Kedah #BinaDarulamanBerhad #SpiritOfAchievvement

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2021 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)