2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Kumpulan BDB Terima CEO Baharu

February 4, 2019

 

 

 

 

Encik Faris Najhan Hashim telah memulakan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang baharu berkuat kuasa Isnin, 3 Februari lalu. En Faris pada hari pertama beliau telah mengadakan pertemuan bersama pengurusan kanan dan juga seluruh warga kerja BDB dalam sesi suai kenal yang dianjurkan oleh Sumber Manusia Kumpulan bertempat di Centre of Learning.

 

Dalam sesi suai kenal tersebut, Encik Faris memperkenalkan diri dan juga latar belakang akademik serta kerjaya beliau kepada seluruh warga kerja BDB dengan penuh bersahaja dan dalam suasana yang santai.

 

Di samping itu, beliau turut menggesa agar BDB memastikan kepentingan semua pihak termasuklah pemegang saham, kakitangan dan juga Kerajaan Negeri Kedah dijaga dengan sebaik mungkin. Tegas beliau lagi, warga kerja BDB juga perlu menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran di mana tugasan atau pekerjaan juga merupakan sebahagian daripada ibadah kepada seseorang Muslim.

 

Akhir kata, En Faris meminta agar kebajikan para warga kerja BDB agar terus dipelihara dan warga kerja BDB juga harus bersama-sama memastikan prestasi syarikat dapat ditingkatkan bersama-sama pada masa akan datang.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive