2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Shahiran juara keseluruhan Golf BDB Masters 2018

December 10, 2018

 

JITRA: Pemain muda Kedah, Shahiran Syakir Sobri, 19, membuktikan kemampuannya apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2018, di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), hari ini.

 

Pemain muda dari DGCC ini merekodkan 222 pukulan keseluruhan untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500, berserta trofi dan piala pusingan sekaligus bergelar juara keseluruhan.

 

Tempat kedua dan ketiga milik Zia Iqmal Abdul Rashid (224 pukulan) dan Faridzuan Che Hamid (227 pukulan) dengan masing masing membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 dan RM1,800.

 

Menurut Shariran, dia sangat bersyukur apabila impiannya bergelar juara tercapai walaupun kejohanan yang berlangsung sejak Jumaat lalu itu turut disertai ramai pemain lebih berpengalaman.

 

"Saya bersyukur, teruja dan berdebar sepanjang kejohanan ini kerana ramai perserta yang mampu menyaingi kedudukan saya. Mereka hebat dan berpengalaman terutama pada hari kedua, namun apabila tamat perlawanan ini, saya cukup lega,” katanya.

 

Selepas meraih kejayaan yang tidak diduga itu, Shariran kini mula memang cita-cita untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi termasuk kejohanan profesional, mulai tahun depan.

 

Di majlis sama, Bina Darulaman Berhad (BDB) turut menyampaikan sumbangan RM25,000 kepada lima pertubuhan kebajikan - Maahad Tahfiz Ehsan Al-Khairi; Wanita Perkim cawangan Alor Setar; Pertubuhan Wanita Prihatin Kubang Pasu; Buddhist Tzu Chi Merits Society Malaysia (Jitra) dan Pusat Jagaan Kesayanganku Jitra.

 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan perlawanan amal berkenaan yang berjaya menarik lebih 150 penyertaan, dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000.

 

“Kita bersyukur usaha Kumpulan BDB mengumpul dana menerusi penganjuran kejohanan golf tahunan ini mendapat kerjasama baik pelbagai pihak, sekaligus dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ir Zamri Yusuf; Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Rasli Basir dan Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad (BDB DGRB), Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku Nong.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive