2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Sumbang Bantuan Persekolahan Kepada 252 Pelajar Sekolah Kebangsaan Jabi

December 10, 2018

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) terus komited dalam menjalankan

tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meneruskan inisiatif dengan

menganjurkan program ‘Kembali Ke Sekolah’ (KKS) menjelang sesi persekolahan

2019 di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah.

 

Program tahunan anjuran Kumpulan BDB kali ini telah melibatkan seramai

252 orang murid yang terdiri daripada darjah satu hingga darjah lima yang akan meneruskan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Kebanyakan daripada mereka

mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

 

Untuk meringankan tanggungan keluarga, murid SK Jabi diberikan

sumbangan baucar pembelian barangan persekolahan bernilai RM100 di Kamdar

serta sebuah beg sekolah dan kotak pensil.

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Kewangan Kumpulan BDB,

Fakhruzi Ahmad dan turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jabi, Radziah

Ayob serta Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jabi,

Roslina Ahmad.

 

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Mohammad Fauzi Harun berkata,

program tersebut sememangnya dirangka dan bertujuan untuk meringankan beban

ibu bapa dalam menyediakan keperluan asas persekolahan anak-anak.

 

Tambah Mohammad Fauzi, program CSR yang dianjurkan itu turut memberi

peluang kepada syarikat untuk turun padang dan beramah mesra dengan penduduk

di sekitar projek perumahan Bandar Sejahtera yang dibangunkan oleh anak

syarikat, BDB Kedah Holdings Sdn Bhd.

 

“Untuk itu ia merupakan satu situasi menang-menang bukan sahaja kepada

masyarakat tempatan tetapi juga kepada Kumpulan BDB dalam usaha untuk

membantu rakyat dan membangunkan negeri Kedah.”

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive