Please reload

Recent Posts

Fantasia Aquapark dibuka 1 Ogos ini KOSMO! | 30 JULAI 2020

July 30, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Jurulatih kecergasan menang kereta Bezza pada Kempen Badabom

July 15, 2018

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".

 

Itu perumpamaan bagi pasangan suami isteri, Rafiah Yusof, 37, dan Wan Anuar Wan Mahadzir, 38, setelah diumumkan pemenang cabutan bertuah pertama Kempen Badaboom 'Beli Rumah Idaman dan Bawa Pulang Kereta Baru' di Galeri BDB Lifestyle, Bandar Darulaman, di sini, hari ini.

 

Pasangan itu memenangi hadiah kereta jenis Perodua Bezza berharga RM50,000 selepas mengambil keputusan membeli sebuah rumah banglo dua tingkat berharga hampir RM900,000 pada Mei lalu di Darulaman Lakehome di sini.

 

Peraduan anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB) Land Sdn Bhd, itu disertai oleh 56 pembeli rumah.

 

Rafiah berkata slogan "Saya Mahu Membalas Budi Ayah Saya Yang Telah Berkorban Untuk Membesarkan Saya Sehingga Berjaya Pada Hari Ini" membawa tuah kepada mereka.

 

Justeru, katanya, kereta tersebut akan dihadiahkan kepada ibu mertuanya, Mashitah Ahmad, 64, sebagai membalas budi dan kasihnya terhadap mereka ini.

 

"Setiap kali melihat papan iklan mengenai peraduan ini di tepi-tepi jalan, kami sering berdoa supaya hajat itu dimakbulkan dan tidak menyangka baru-baru ini pihak pemaju perumahan menghubungi kami bagi memaklumkan mengenai kemenangan ini," katanya.

 

Rafiah, yang juga jurulatih kecergasan berkata, beliau dan suami mengambil keputusan untuk membeli rumah banglo dua tingkat di Bandar Darulaman ini kerana ia sangat bersesuaian dengan persekitarannya yang menarik dan banyak aktiviti lasak dapat dijalankan di sini.

 

"Suami juga jurulatih kecergasan dan amat gemar melakukan aktiviti luar, kerana itu kami rasakan cukup sesuai membeli rumah di sini kerana kedudukan rumah yang strategik untuk melakukan aktiviti luar seperti di Tasik Darul Aman serta Bukit Darul Aman," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Bahagian Hartanah DBD Land, Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, cabutan bertuah tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan menerusi kempen 'Badaboom' dalam usaha menarik lebih ramai rakyat negeri ini membeli rumah dengan BDB Land.

 

Katanya, kempen bermula 1 Jan hingga 30 Jun itu membolehkan setiap pembeli rumah layak untuk menerima hadiah cabutan bertuah bagi membawa pulang tiga buah kereta Perodua dalam tiga siri cabutan termasuk cabutan pertama hari ini.

 

-- BERNAMA

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)