2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Sukan lasak BDB Extreme Jitra 2018 tarik lebih 500 penyertaan

July 3, 2018

 

ALOR SETAR 2 Julai - Penganjuran BDB Extreme Jitra 2018 di Tasik Darulaman oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) berjaya menarik penyertaan lebih ramai peserta berbanding penganjuran dalam dua siri sebelum ini. Seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam sukan yang bukan sahaja menguji tahap ketahanan dan mental malah turut berlumba dengan semangat kesukanan tinggi bagi membolehkan mereka muncul sebagai juara.Pengerusi Kumpulan BDB, Datuk Rasli Basir berkata, penganjuran aktiviti sukan lasak ini merupakan sebahagian usaha syarikat tersebut untuk mempromosikan Kedah."BDB Extreme Jitra 2018 ini merui^akan kesinambungan beberapa aktiviti berjadual sukan lasak kami selepas mei 1 dapati ini merupakan platform terbaik mempromosikan beberapa tempat menarik di negeri ini u n t u k dilawati."Malah penyertaan lebih ramai peserta berbanding penganjuran edisi sebelum ini turut menunjukkan ia menjadi perhatian kerana peserta bukan sahaja dari negeri ini tetapi melibatkan mereka yang sanggup datang dari Johor Baharu, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Perlis," katanya.

 

Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Walieed berkata, selain larian sejauh lapan kilometer, peserta juga perlu menempuh 10 haiatigan yang disediakan untuk menguji t a h a p kecergasan mereka. "Kita turut mengambil kira catatan masa untuk menentukan pemenang walaupun

 

hakikatnya ia merupakan riadah antara gabungan cabaran dan keseronokan seperti mana penganjuran aktiviti pihak kami selama ini," katanya. Untuk pengetahuan, BDB merupakan penganjur utama sukan lasak sebelum ini yang terdiri dari sukan rakit atau kayak, memanjat gunung, larian menempuh

 

halangan yang tercatat dalam BDB Triple Challenge bermula t a h u n 2016. Para peserta dilepaskan secara berperingkat-peringkat setiap 20 mi nit oleh Sajahan bersama Pengurus Kanan Kumpulan Komunikasi Korporat BDB, Mohamad Fauzi Harun.Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Rasli sebaik semua peserta menamatkan cabaran mereka.Selepas mengharungi cabaran selama hampir dua j am dalam pertandingan itu, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur, Azman Zulkifli, 23, muncul juara bagi kategori Elit Lelaki.Azman, yang bertugas di Bahagian Pembangunan Konpetensi kementerian itu berjaya menewaskan semua peserta dan membawa pulang wang tunai, sijil penyertaan dan medal merupakan peserta yang aktif mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan lasak anjuran pihak lain sebelum ini.Tempat kedua pula dimenangi oleh pelajar Kolej Vokasional Arau, Perlis, Amirul Farizudin Azmi, 17, manakala tempat ketiga disandang oleh Abdullah Sani Adam, 33, kakitangan kerajaan dari Sungai Petani.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive