2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB LAND LANCAR KEMPEN BADABOOM

June 26, 2018

 

 

BDB Land lancar Kempen Badaboom

ISKANDAR DZULKARNAIN melancarkan Kempen Badaboom Beli Rumah Idaman dan Bawa Pulang Kereta Baharu pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BDB di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. 

KUALA LUMPUR - BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat Bina Darulaman Bhd. (BDB), melancarkan Kempen Badaboom Beli Rumah Idaman dan Bawa Pulang Kereta Baharu. Ketua Bahagian Hartanah BDB Land, Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, kempen itu memberi peluang kepada para pembeli untuk memenangi sebuah kereta apabila membeli rumah idaman mereka dari mana-mana perbandaran BDB sepanjang tahun ini."Kempen terbaharu ini memberi pembeli peluang untuk mendapat ganjaran yang lebih daripada pelaburan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik dan duit raya

atau rebat tunai bernilai lebih RM1 juta. "Kempen ini diadakan dalam usaha syarikat untuk memenuhi permintaan dan membalas sokongan pembeli," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.Kempen Beli Rumah Idaman dan Bawa Pulang Kereta Baru atau Kempen Badaboom menawarkan pembeli rumah peluang untuk memenangi tiga buah kereta Perodua menerusi tiga cabutan bertuah berasingan yang dibahagikan kepada tiga segmen sepanjang 2018.Cabutan pertama dijadualkan pada 14 Julai 2018 untuk sebuah Perodua Bezza bernilai RM50,000, bagi pembelian yang dibuat antara

1 Januari dan 30 Jun, sementara cabutan kedua dijadualkan pada 13 Oktober 2018 bagi model Perodua Myvi bernilai RM55,000 untuk pembelian antara 1 Januari dan 30 September 2018. Cabutan terakhir akan diadakan pada 14 Januari 2019 bagi sebuah Perodua Alza bernilai RM63,000 untuk pembelian antara 1 Januari dan 31 Disember 2018.Bagi berpeluang memenangi sebuah kereta, pembeli perlu membeli sebuah unit di perbandaran BDB Land, membuat pembayaran tempahan, melengkapkan slogan serta memastikan tempahan menjadi pembelian sebenar dalam tempoh dua bulan selepas tarikh tempahan.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive