[INSIDE VIEW] MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)

Seramai 25 orang penerima zakat dijemput oleh pihak BDB untuk Majlis Penyerahan Zakat Kumpulan Bina Darulaman Berhad di Menara BDB. Penyerahan zakat ini disempurnakan oleh Dato' Seraja Setia Dato' Paduka Haji Rasli Bin Basir, Pengerusi Bina Darulaman Berhad serta diiringi oleh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Encik Sajahan Abdul Waheed. Penyerahan berbentuk wang tunai ini dilakukan sehari sebelum kita menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu penerima zakat berbelanja di bulan puasa serta menyambut syawal pada tahun ini. #Kedah #BDB #SpiritOfAchievement

Tags:

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)