Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat serta Pentauliahan Amil

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menerima replika cek zakat perniagaan daripada Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Seraja Setia, Dato’ Paduka Rasli Basir (BDB), pada Majlis Penyerahan dan Agihan Zakat serta Pentauliahan Amil yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar hari ini. Pada kali ini, Kumpulan BDB telah melaksanakan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM723, 000 bagi tahun 2017 dan ia merupakan kesinambungan daripada pembayaran yang dibuat pada tahun 2016 dan 2015 masing-masing berjumlah RM1.273 juta dan RM1.185 juta.

Tags:

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)