2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

500 Orang Golongan Asnaf Terima Sumbangan Zakat BDB

February 8, 2018

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan lagi program tanggungjawab sosial korporatnya apabila telah menganjurkan Program Penyerahan Sumbangan Wang Zakat di kawasan Parlimen Jerlun pada 4 Februari 2018.

 

Program tersebut dilangsungkan di Dewan Orang Ramai, Kampung Pulau Pak Ubin, Padang Perahu, Jitra, Kedah dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Wira Othman Aziz dan diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato' Izham Yusoff. Turut hadir bersama ialah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Pak Ubin, Zainurin Jamaludin.

 

 

 

Program yang bermula pada pukul 3 petang itu dimulakan oleh bacaan doa yang telah disempurnakan oleh Imam Masjid Ar-Rahman, Tuan Haji Radi Hat dan seterusnya diteruskan dengan ucapan dua tetamu kenamaan iaitu Dato' Wira Othman Aziz dan juga Dato' Izham Yusoff

 

 

 

Pada kali ini, sumbangan zakat sebanyak RM100,000.00 telah disumbangkan kepada 500 orang penerima zakat yang terdiri daripada golongan asnaf di Parlimen Jerlun dan ia merupakan kali kedua dilangsungkan di kawasan parlimen ini selepas kali pertama pada tahun 2016.

 

 

 

Majoriti daripada penerima sumbangan pada kali ini merupakan para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga golongan asnaf lain yang layak untuk menerima sumbangan zakat.

 

Di samping itu, pada sebelah pagi turut berlangsungnya program CSR yang telah dianjurkan oleh Perhubungan Kerajaan Kumpulan iaitu sukaneka bersama pelajar pra-sekolah dari Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, pemeriksaan kesihatan percuma untuk orang ramai, dan semakan daftar pengundi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

Orang ramai juga turut dapat menyaksikan dan mempelajari teknik yg betul dalam memadamkan kebakaran menerusi demo memadam kebakaran yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan selepas itu mereka turut terlibat dalam menjayakan gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan dan sekitar dewasn orang ramai.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive