Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2107

Bina Darulaman Berhad telah menganjurkan siri ke-3 Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2017 yang berlangsung pada 15 hingga 17 Disember 2017 bertempat di Darulaman Golf & Country Club, Jitra. Seperti tahun-tahun sebelumnya, objektif utama program tahunan ini dianjurkan ialah bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan terpilih di sekitar Kedah. Bagi tahun 2017, Kumpulan BDB Berjaya menyumbangkan sumbangan dana berjumlah RM50, 000.00. Secara keseluruhannya, sebanyak lima pertubuhan telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut dan maisng-masing telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000.00.


Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Y.Bhg. Dato' Izham bin Yusoff serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Encik Sajahan Abdul Waheed.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)