2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

100 Pelajar Kurang Berkemampuan Terima Sumbangan 'Back To School'

December 14, 2017

Pada 13 Disember 2017, Bina Darulaman Berhad dengan kerjasama bersama Persatuan Wanita Muda Prihatin Bandar Alor Setar menganjurkan Program Back To School 2017 yang dirasmikan oleh  Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato' Izham Yusoff. Turut hadir , Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

 

Program yang berlangsung di Bangunan Tunku, Alor Setar itu dianjurkan bagi memberikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 100 orang pelajar kurang berkemampuan dari sekolah-sekolah di sekitar Bandaraya Alor Setar . 

 

Kesemua pelajar menerima bantuan berbentuk kelengkapan persekolahan yang terdiri daripada dua pasang uniform sekolah, sepasang kasut dan sebuah beg sekolah. Bantuan tersebut merupakan salah satu inisiatif BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu rakyat di negeri ini dalam mengurangkan kos sara hidup.

 

Dato' Izham dalam ucapannya mengharapkan agar kesemua pelajar dapat menggunakan bantuan persekolahan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan menjadi motivasi untuk belajar dengan komited.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive