Penyerahan Baucer Fantasia Aquapark

Pada 30 November yang lalu, Dato' Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, diiringi Sajahan Abdul Waheed, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad, telah menyerahkan baucer Fantasia Aquapark, iaitu Taman Tema Air terbaru yang terletak di Darulaman Park, Jitra.

Penyerahan baucer tersebut diserahkan kepada anggota-anggota keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Tujuan penyerahan baucer ini adalah bagi menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada pihak BDB sekaligus mempromosikan Fantasia Aquapark yang bakal dirasmikan kelak.

Featured Posts
Recent Posts