2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB SYNERGY SDN BHD SALUR BANTUAN BAIKI RUMAH

September 20, 2017

 

 

BDB Synergy Sdn Bhd selaku salah sebuah anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah mengambil inisiatif bagi membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan.

Bagi merealisasikan hasrat murni tersebut, pihak syarikat telah mengenalpasti dan memilih sebuah keluarga kurang berkemampuan di daerah Jerlun, Kedah. Pada 20 September 2017, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff telah sama-sama turun padang bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga Ismail Awang.

Encik Ismail, 85 tahun, menetap di Kampung Teluk Tui, Jerlun bersama dengan isteri, seorang anak perempuan dan enam orang cucu. Daripada enam orang cucu, tiga daripadanya masih bersekolah (16 tahun, 10 tahun dan enam tahun), seorang daripadanya yang berusia 12 tahun adalah pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) manakala 2 orang lagi belum bersekolah (tiga tahun dan  setahun).

Anak beliau sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang berhampiran kediaman mereka, namun terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga dan menguruskan anaknya yang menderita penyakit saraf sejak lahir. Justeru itu, keluarga ini hanya membelanjakan RM600 sebulan hasil bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Sebagai sebuah syarikat pembinaan, BDB Synergy Sdn Bhd telah menyalurkan bantuan berbentuk penambahbaikan infrastruktur dengan membaiki beberapa bahagian di rumah Ismail yang uzur serta memberikan sumbangan barang persekolahan kepada cucu-cucu beliau. Proses pengubahsuaian tersebut dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan Oktober 2017.

Adalah diharapkan, sumbangan yang telah disalurkan kepada keluarga Encik Ismail akan sedikit sebanyak membantu mereka sekeluarga dalam menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive