2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB SYNERGY BINA 630 BUAH RUMAH PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

August 23, 2017

BDB Synergy Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) bakal membina 630 buah rumah teres setingkat bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pembinaan rumah berkenaan merupakan projek pembangunan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan dibina di atas tapak seluas 25 hektar serta melibatkan kos sebanyak RM100 juta .

 

Menurutnya, BDB Synergy telah mendapat surat setuju terima daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 14 Disember 2015 dan projek berkenaan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun (Disember 2016 – Disember 2019).

 

“Oleh itu, projek ini mencerminkan usaha Kumpulan BDB menerusi BDB Synergy Sdn. Bhd dalam membantu kerajaan dalam membangunkan rumah mampu milik bukan sahaja di kawasan Jerlun malah juga di seluruh Kedah.

 

“Saya juga berharap hubungan antara Kumpulan BDB dan pihak kementerian tidak terhenti di sini sahaja dan dapat diteruskan pada masa akan datang.” katanya.

 

Majlis Pelancaran Projek Perumahan berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin.

 

Turut hadir bersama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Badrol Hisham Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Halimi Abd. Manaf.

 

Projek tersebut turut merangkumi pembinaan asas seperti surau, dewan serbaguna dan juga taska bagi membolehkan penduduk untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan juga kemasyarakatan pada masa hadapan.

 

PPR Ayer Hitam  menawarkan rumah teres setingkat dengan keluasan tanah seluas 1,300 kaki persegi serta keluasan rumah sebanyak 700 kaki persegi. Dewan serbaguna mampu memuatkan 400 orang tetamu manakala surau dapat menampung seramai 200 orang jemaah.

 

Tambah Izham lagi, BDB Synergy dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama dengan erat bagi memastikan pembinaan rumah PPR ini akan disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan mematuhi segala aspek pembangunan perumahan yang telah ditetapkan.

 

“Oleh itu saya berharap kejayaan pembinaan rumah PPR ini akan menjadi satu tanda aras baharu kepada BDB Synergy Sdn. Bhd. dan mungkin Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mempertimbangkan untuk bekerjasama dalam projek-projek perumahan lain selepas ini,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive