2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2017 (KUALA LUMPUR)

July 23, 2017

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Kuala Lumpur telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Shangri-La pada 20 Julai lalu.


Majlis yang bertemakan Kedah Dihatiku itu bermula pada pukul 2.30 petang yang bertujuan untuk meraikan rakan niaga, tetamu kenamaan dan juga anak-anak Kedah yang berada di ibu kota.


Kemeriahan majlis ini turut diserikan lagi oleh kehadiran Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Othman Aziz yang sememangnya mempunyai ikatan yang rapat dengan Kumpulan BDB.


Juadah yang menjadi tumpuan pada hari tersebut adalah kambing golek, ayam percik, nasi minyak, mi kari, lemang dan ketupat serta rendang yang menjadi pembuka selera. Selain itu, juadah yang terkenal Kedah iaitu laksa dan Pek Nga juga turut menjadi pilihan para tetamu.


Kehadiran penyanyi yang sedang meningkat naik namanya di media sosial, Wany Hasrita, Tajul Arif dan turut bersama penyanyi veteran, Salmiah Hassan yang lunak mendendangkan lagu-lagu hit mereka turut meceriakan lagi majlis rumah terbuka tersebut. Selain itu, wargakerja BDB serta para tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama penyanyi tersebut.

 

Majlis diserikan lagi dengan celoteh duo pengacara popular iaitu Nabil Ahmad dan Angah Raja Lawak yang sekali lagi mengacarakan majlis Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, majlis rumah terbuka ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan para rakan niaga, strategik tetapi juga untuk menunjukkan produk-produk dalam sektor perumahan yang berada di pasaran kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.


“Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara wargakerja BDB dengan rakan-rakan niaga dan dalam masa yang mempromosikan produk-produk BDB kepada mereka menerusi pameran yang turut diadakan.

 

“Di samping itu kita turut melancarkan dua perbandaran baru BDB Land Sdn. Bhd. iaitu Darulaman Saujana dan Darulaman Putra yang bertemakan Activate Your Life dan  Celebrate Your Life serta talian bebas tol BDB Land iaitu 1-300-888-080,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive